my life, my heart, my soul@}—

CABARAN ANAK KAMPUS MENJADIKAN AKU DEWASA…… MENJADIKAN SEBAHAGIAN DARIPADA KEHIDUPAN ADA AWAL DAN AKHIRNYA……. ADA PERMULAAN DAN PENAMATNYA…. AKU TIDAK MAHU MENJADI ANAK KAMPUS LETIH LESU….. MEMILIKI ILMU TETAPI KERING SEMANGAT….

Archive for February, 2008


Cinta Sang Ratu

Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
pabila rindu terusik, RasulNya menjadi pilihan

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian
~ Saifudin(Laksamana Sunan)

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu" ~ Saifudin (Laksamana Sunan)

"Dinda, rindu kanda pada dinda umpama langit mengatapi bumi.
Kembalilah pada kanda dalam keadaan seperti dulu… seorang muslimah terpuji"
~Saifudin (Laksamana Sunan)

"Sang Ratu adalah isteri kita. Adinda Laksamana Sunan"
~Saifudin (Laksamana Sunan)

"Kandaku Sunan… hidup dan matilah kerna Allah"
~Ratna (Sang Ratu Sulaman)

"Kandaku Sunan…bangkit dan berjuanglah kerna Allah"
~Ratna (Sang Ratu Sulaman)

"…KAU anugerahkan aku dengan cinta fitrah.
Kemudian KAU jodohkan aku dengan Sang Ratu…
Kau uji aku dengan kehilangan serta kematian
dan sekarang aku hidup seperti sebatang kara.
Tapi aku tidak merasakan sedemikian kerna percaya
KAU menyayangi aku ya RABB…"

"Tiada yang sia-sia apabila aku menyerahkan jiwa dan rohku kepadaMu ya ALLAH"
~Saifudin (Laksamana Sunan)

Di Atas Runtuhan Kota Melaka ~ Hamka

Di Atas Runtuhan Kota Melaka ~ Hamka

Mac 19, 2007

Di atas runtuhan Melaka lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari

Di atas munggu yang ketinggian
Penyair duduk termenung seorang
Jauh pandangku ke pantai sana
Ombak memecah di atas karang

Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu

Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma melenyai tulang
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan

Di sini dahulu alat kebesaran
Adapt resam teguh berdiri
Duduk semayam Yang Dipertuan
Melimpahkan hukum segenap negeri

Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jaya perkasa, gagah dan mewah
‘Tidak Melayu hilang di bumi’

Di sini dahulu paying terkembang
Megah Bendahara Seri Maharaja
Bendahara yang cerdik tumpuan dagang
Lubuk budi laut bicara

Penyair menghadap ke laut lepas
Selat Melaka tenang terbentang
Awan berarak riak menghempas
Mentari turun rembanglah petang

Wahai tuan Selat Melaka
Mengapa tuan berdiam diri?
Tidakkah tahu untung hamba
Hamba musafir datang ke mari

Di mana Daulat Yang Dipertuan
Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat
Mana Bendahara johan pahlawan
Bukankah jelas di dalam babad

Namanya tetap jadi sebutan
Bekasnya hilang payah mencari
Sedikit penyair bertemu kesan
Musnah dalam gulungan hari

Mengapa ini bekas yang tinggal
Umat yang lemah terkatung-katung
Hidup menumpang tanah terjual
Larat wahai larat dipukul untung

Adakah ini bekas peninggalan
Belahan diriku umat Melayu
Lemah dan lungai tiada karuan
Laksana bunga terkulai layu

Jauh di darat penyair melihat
Gunung Ledang duduk termangu
Tinggi menjulang hijau dan dahsyat
Hiasan hikayat nenekku dahulu

Di dalam kuasyik merenung gunung
Di dalam kemilau panas kan petang
Tengah khayal dirundung menung
Rasanya ada orang yang datang

Penyair hanya duduk sendiri
Tapi keliling rasanya ramai
Bulu romaku rasa berdiri
Berubah warna alam yang permai

Ada rasanya bisikan sayu
Hembusan angina di Gunung Ledang
Entah puteri datang merayu
Padahal beta bukan meminang

Bukanlah hamba Sultan Melaka
Jambatan emas tak ada padaku
Kekayaanku hanya syair seloka
Hanya nyanyian untuk bangsaku

Justeru terdengar puteri berkata
Suaranya halus masuk ke sukma
Maksudmu tuan sudahlah nyata
Hendak mengenang riwayat yang lama

Bukan kuminta jambatan emas
Tapi nasihat hendak kuberi
Kenang-kenangan zaman yang lepas
Iktibar cucu kemudian hari

Sebelum engkau mengambil simpulan
Sebelum Portugis engkau kutuki
Inggeris Belanda engkau cemarkan
Ketahui dahulu salah sendiri

Sultan Mahmud Shah mula pertama
Meminang diriku ke Gunung Ledang
Segala pintaku baginda terima
Darah semangkuk takut menuang

Adakan cita akan tercapai
Adakan hasil yang diingini
Jika berbalik sebelum sampai
Mengorbankan darah tiada berani

Apalah daya Datuk Bendahara
Jikalau Sultan hanya tualang
Memikir diri seorang sahaja
Tidak mengingat rakyat yang malang

Sultan Ahmad Shah apalah akalnya
Walaupun baginda inginkan syahid
Mualim Makhdum lemah imannya
‘Di sini bukan tempat Tauhid’

Bendahara Tua Paduka Raja
Walaupun ingin mati berjuang
Bersama hilang dengan Melaka
Anak cucunya hendak lari pulang

Berapa pula penjual negeri
Mengharap emas perak bertimba
Untuk keuntungan diri sendiri
Biarlah bangsa menjadi hamba

Ini sebabnya umat akan jatuh
Baik dahulu atau sekarang
Inilah sebab kakinya lumpuh
Menjadi budak belian orang

Sakitnya bangsa bukan di luar
Tetapi terhunjam di dalam nyawa
Walau diubat walau ditawar
Semangat hancur apalah daya

Janjian Tuhan sudah tajalli
Mulialah umat yang teguh iman
Allah tak pernah mungkirkan janji
Tarikh riwayat jadi pedoman

Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkatung
Berpeluk lutut berputus asa

Malang dan mujur nasibnya bangsa
Turun dan naik silih berganti
Terhenyak lemah naik perkasa
Bergantung atas usaha sendiri

Riwayat yang lama tutuplah sudah
Apalah guna lama terharu
Baik berhenti bermenung gundah
Sekarang dibuka lembaran baru

Habis sudah madahnya puteri
Ia pun ghaib capal pun hilang
Tinggal penyair seorang diri
Di hadapan cahaya jelas membentang

Pantai Melaka kulihat riang
Nampaklah ombak kejar-mengejar
Bangunlah Tuan belahanku saying
Seluruh Timur sudahlah besar

Bercermin pada sejarah moyang
Kita sekarang mengubah nasib
Di zaman susah atau pun riang
Tolong tetap dari Yang Ghaib

Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan nasib jadi kenangan

Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, iman pun teguh
Zaman hadapan, penuh harapan

Bukanlah kecil golongan tuan
Tujuh puluh juta Indonesia
Bukan sedikit kita berteman
Sudahlah bangun bumi Asia

Kutarik nafas, kukumpul ingatan
Aku pun tegak dari renungku
Jalan yang jauh aku teruskan
Melukis riwayat sifat hidupku

Kota Melaka tinggallah sayang
Beta nak balik ke Pulau Percha
Walau terpisah engkau sekarang
Lambat launnya kembali pula
Walaupun luas watan terbentang
Danau Maninjau terkenang jua

~ Hamka

Bahasa Terindah ~ A. Samad Said

Bahasa Terindah ~ A. Samad Said

 

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

~ Dato’ A Samad Said

Kehidupan ~ Khalil Gibran

Kehidupan ~ Khalil Gibran

Engkau dibisiki bahawa hidup adalah kegelapan
Dan dengan penuh ketakutan
Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu
penuh kebimbangan

Kuwartakan padamu bahawa hidup
adalah kegelapan
jika tidak diselimuti oleh kehendak
Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan
Dan segala macam pengetahuan akan kosong
bila tidak diiringi kerja
Dan segala kerja hanyalah kehampaan
kecuali disertai cinta

Maka bila engkau bekerja dengan cinta
Engkau sesungguhnya tengah
menambatkan dirimu
Dengan wujudnya kamu, wujud manusia lain
Dan wujud Tuhan.

~Khalil Gibran

alkisahnya cerita..

Panasnya hari ning. Tghari tadi hantar semiey blajar komputer kat bandar pas tu terus ke smka tok jiring ambil adk ariey kat sek. Jalanraya mmg jem giler, dari bandar sampai kat jambatan sultan mahmud. masing memecut kenderaan. aku bawa slow aje sbbnya mak ader kat sebelah.Dalam hati(sabar ainul, ariey lambat lagi pulang sekolah). Tersebutlah kisah bila sampai kat sek. ariey aku pun mematikan enjin kereta. Cuma dengar radio sambil menghirup udara yang sepoi-sepoi bahasa(tapi panas terik woo). punyelah tunggu lame giler budak ni sorg. Sampai basah baju aku pakai .Mak dah kepanasan, wajah dah bertukar kemerah-merahan.Dlm setengah jam kemudian baru la nampak batang hidung. lamanye. dalam hati sabar ainul, sabar. aku pun start kereta kancil tapi tiba-tiba…kereta tak nak hidup la pulak. Aku cuba hidupkan enjin beberapa kali tapi tak nak hidup jugak! akhirnya mak menyuruh aku telefon ayah. 15 minIt kemudian, barulah ayah sampai dgn mekanik kereta. Dari jauh aku ngan ariey melambai-lambai kearah kereta ayah. Selepas di periksa beberapa kali mmg sah bateri kereta dah ‘kondem’. lama jugak la nak boleh hidupkan kereta. Selepas beberapa kali barulah boleh start itu pun slps bateri kereta kene cas dgn bateri kereta ayah. memang jd perhatian bdk sekolah hari ning. akhirnya, dapatlah pulang dengan selamat tapi dalam hati (janganlah kereta ‘mati’ kat tgh jln pulak). sampai kat rumah cepat-epat solat barulah makan tghari. tgh syok duk makan(lapar giler. pkl 4 lebih baru sampai kat rumah) mak pun cakaplah lebih kurang mcmni "kalau ayah takde kat rumah tadi, nak tel siapa??". "minta tolong orang tolak kereta" aku jawab dalam hati. "telefon abg.ya" jawab ari. "buat apa telefon abg.ya bknnya ade kat sini pun, jauh kat kl " aku jawab. Aku tengok mak kemudian diam membisu.

p/s: kesimpulannya, jgn tau bawa kereta je, hal2 kereta kene tahu jugak, baterinya, minyaknya,minyak gear, air dan macam-macam lagi.

LETTER FROM NURUL

novel Ayat-Ayat Cinta

Untuk Kak Fahri

Yang sedang berbahagia

Bersama isterinya

Assalamu’alaikum wr. wb.

Kutulis surat ini dengan lelehan air mataku yang tiada berhenti dari detik ke detik. Kutulis surat ini kala hati tiada lagi menahan nestapa yang mendera-dera perihnya luar biasa. Kak Fahri, aku ini perempuan paling bodoh dan paling malang di dunia. Bahwa mengandalkan orang lain sungguh tindakan paling bodoh. Dan aku harus menelan kepahitan dan kegetiran tiada tara atas kebodohanku itu. Kini aku didera penyesalan tiada habisnya. Semestinya aku katakan sendiri perasaanku padamu. Dan apakah yang kini bisa kulakukan kecuali menangisi kebodohanku sendiri. Aku berusaha membuang rasa cintaku padamu jauh-jauh. Tapi sudah terlambat. Semestinya sejak semula aku bersikap tegas, mencintaimu dan berterus terang lalu menikah atau tidak sama sekali. Aku mencintaimu diam-diam selama berbulan-bulan, memeramnya dalam diri hingga cinta itu mendarahdaging tanpa aku berani berterus terang. Dan ketika kau tahu apa yang kurasa semuanya telah terlambat.

Kak Fahri,

Kini perempuan bodoh ini sedang berada dalam jurang penderitaannya paling dalam. Dan jika ia tidak berterus terang maka ia akan menderita lebih berat lagi. Perempuan bodoh ini ternyata tiada bisa membuang rasa cinta itu. Membuangnya sama saja menarik seluruh jaringan sel dalam tubuhnya. Ia akan binasa. Saat ini, Kak Fahri mungkin sedang dalam saat-saat paling bahagia, namun perempuan bodoh ini berada dalam saat-saat paling menderita.

Kak Fahri,

Apakah tidak ada jalan bagi perempuan bodoh ini untuk mendapatkan cintanya? Untuk keluar dari keperihan dan kepiluan hatinya. Bukankah ajaran agama kita adalah ajaran penuh rahmah dan kasih sayang. Kak Fahri adalah orang shalih dan isteri Kak Fahri yaitu Aisha adalah juga orang yang shalihah. Bagi orang shalih semua yang tidak melanggar syariah adalah mudah.

Kak Fahri,

Sungguh maaf aku sampai hati menulis surat ini. Namun jika tidak maka aku akan semakin menyesal dan menyesal. Bagi seorang perempuan jika ia telah mencintai seorang pria. Maka pria itu adalah segalanya. Susah melupakan cinta pertama apalagi yang telah menyumsum dalam tulangnya. Dan cintaku padamu seperti itu adanya telah mendarah daging dan menyumsum dalam diriku. Jika masih ada kesempatan mohon bukakanlah untukku untuk sedikit menghirup manisnya hidup bersamamu. Aku tidak ingin yang melanggar syariat aku ingin yang seiring dengan syariat. Kalian berdua orang shalih dan paham agama tentu memahami masalah poligami. Apakah keadaan yang menimpaku tidak bisa dimasukkan dalam keadaan darurat yang membolehkan poligami? Memang tidak semua wanita bisa menerima poligami. Dan tenyata jika Aisha termasuk yang tidak menerima poligami maka aku tidak akan menyalahkannya. Dan biarlah aku mengikuti jejak puteri Zein dalam novel yang ditulis Syaikh Muhammad Ramadhan Al Buthi yang membawa cintanya ke jalan sunyi, jalan orang-orang sufi, setia pada yang dicintai sampai mati.

Wassalam,

Nurul Azkiya

p/s: aku copy surat ini dari novel. buat renungan bersama. kita tengok surat siapa yang menusuk kalbu…