my life, my heart, my soul@}—

CABARAN ANAK KAMPUS MENJADIKAN AKU DEWASA…… MENJADIKAN SEBAHAGIAN DARIPADA KEHIDUPAN ADA AWAL DAN AKHIRNYA……. ADA PERMULAAN DAN PENAMATNYA…. AKU TIDAK MAHU MENJADI ANAK KAMPUS LETIH LESU….. MEMILIKI ILMU TETAPI KERING SEMANGAT….

Archive for January, 2009


sahabat, jalan ini bukan mudah,,,,

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu.
www.iLuvislam.com
tajulrijalannuar
editor: ImKoyube

Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.


Sahabat…

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.

Tulus,

Sahabatmu tercinta

i ‘m searching 4,,,,

Lelaki Idaman
www.iLuvislam.com
oleh: akhawat88_girl

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi


photo by DK11EL


Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya…

Masih adakah lelaki idaman itu??

^_^untuk gadis sahaja,,,

Untuk Gadis Sahaja
www.iLuvislam.com
oleh : lia_ina



Seorang gadis itu…

Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati … telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya …

Seorang gadis itu …
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi … cinta untuk dirasa …
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia … ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia … begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah …

http://img517.imageshack.us/img517/462/gadisayufg7.jpg


Seorang gadis itu …
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini … dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni’matNya …


Seorang gadis itu …
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya … bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah …


Seorang gadis itu …
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji … seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah … kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda … bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

http://img401.imageshack.us/img401/5127/awakkjl6.jpg


Seorang gadis itu …
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara … dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya … dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya …

Seorang gadis itu …
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan …


Seorang gadis itu …
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari … dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya … kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini … perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama … dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni’mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu … anugerah istimewa kepada dunia!

http://www.al-islam.org/gallery/kids/Clipart/children/0781.JPG


Seorang gadis itu …

tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah … anak ummi & ayah, muslimah yang solehah … kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma’rifatullah …


Seorang gadis itu …
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan … seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu … menuju cintaNYA yang ABADI

__QUNUT NAZILAH__

Qunut Nazilah

palestin2

Sajak ni saye dengar di ikim.fm lately, suke n terkesan di hati. Hayatilah..

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah
http://muharikah.wordpress.com

palestin…

Palestin…Apa Yang Dapat Kami Bantu
www.iLuvIslam.com
Ustaz Mohd Zul bin Roslan*
editor : Iskethaykal

Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini Israel semakin mengganas dan membunuh lebih 300 orang Palestin. Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya? Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :

“Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah Allah swt perintahkan bagi kamu sekalian.”
(Surah al-Maidah : ayat 21)

Palestin adalah tanah yang diberkati Allah. Firman Allah swt yang bermaksud :
” Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah kami berkati di sekelilingnya.
(Surah al-Isra’ : ayat 1)

Firman-Nya lagi yang bermaksud :

” Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang telah Kami memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.”

(Surah al-Anbia’ : ayat 80)

Di tanah itu terdapat Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
” Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid : Masjid al-Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh Allah swt yang diutuskan di antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak dan Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad saw diisra’kan.

Allahu… Allah…


Bangunlah Wahai Pahlawan Islam

Bumi ini pernah diperintah oleh Kristian selama beberapa ketika dan akhirnya jatuh ke tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemuda bangsa Kurdi, bukan berbangsa Arab. (Sesiapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti Allah akan tingkatkan darjatnya)

British telah mengisytiharkan penubuhan negara haram Yahudi menerusi Perjanjian Balfour pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.

Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Mesir, PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam, PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Para pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah. Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.

Mereka Saudara Kita

Dan kini bumi Palestin telah digemparkan sekali lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sampai ke penghujungnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al-Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.

Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku…

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al-Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaAllah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai Palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, SMS, MMS, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia tentang penderitaan rakyat Palestin.

4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al-Aqsa dan umat Islam, silalah untuk menulis surat, menulis artikel dan petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berkuasa dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaan dan lebih dari itu, OIC.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin web, pereka grafik yang kreatif membuat widget, bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Anda disarankan juga untuk memakai baju “Bebaskan Palestin”.

7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga untuk para pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan Allah memandang kita sebagai Muslim yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya…InsyaAllah.

Sumber Rujukan :

1. Professor Madya Dr Mohsen M Salleh, Isu Palestin, Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya sehingga tahun 2000, 2001, Fajar Ulung, Kuala Lumpur.

2. Abdullah Nasir Ulwan, Pejuang Pembaharuan Salahuddin al-Ayyubi, Cetakan Pertama 1999, Darul Nuqman,
Kuala Lumpur

3. Ibnu Ismail, Nostalgia Syuhada’ Palestin. Cetakan Pertama 2003, al-Qassam Library, Pahang.

*Ustaz Mohd Zul bin Roslan  merupakan salah seorang moderator sola jawab agama iLuvislam. Nama penanya adalah AnakPejuang atau IbnuNafis

something…

__meNcari teMaN ke SYURGA__

Mencari Teman Ke Syurga
www.iluvislam.com
Oleh: Thuaibah
Editor: NuurZaffan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

“Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami” (20:29-35)

Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

Saidina Umar mengatakan, “Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya” Malah, Saidina Umar meminta kita ‘berpegang kepadanya’, iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya” (3:102)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.

Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan “ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan”, memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi “menjadi teman ke syurga”.

Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. “Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga.”

Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi ‘teman ke syurga’, mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku” (Hadith Qudsi) Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada “teman ke syurga”. Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.

Ayuh, perbaiki diri !


*Artikel dipetik dari http://wardatul-izzah.blogspot.com/2008/11/mencari-teman-ke-syurga.html

(^_^) wink!

salamun’alaik…

ish3, bowink benor hari ni, misi x berjaya nak install program jawi kat laptop, huhu..asgmnt banyak x buat lagi.. ermmm

banyak mende nak buat ni,tp…..

jap.. ader satu mender naksyer kat semua sahabat yang ana sayang..

citer satu malam(”,)

22 januari

salam perjuangan buat semua mujahidah mujahadah sejatiku. semoga perjuangan kita diberkatiNya. InsyaAllah.dalam dua tiga hari ini, terasa letih yang amat sangat. entah macamana saudara-saudara kita di palestin dapat bertahan. start dari hari rabu (kitorang ader koQ), dah start jalan jauh, jauh ker??? jauh la jugak dari barat ke timur, dari padang futsal kat ktf sampai la kat kolej kitorang k9, penattt……lebih kurang 35 minit berjalan kaki baru sampai kat kolej, alhamdulillah. itupun dah meredah semak samun, bukit bukau ktc ngan perdana yang banyak kat kat sekitar utm ni ngan 3 orang lagi kawan ana, cik aya, fiza dan zila (kitorang men futsal), huhuhu.. tapi seronok jugak, kami berempat dapat melihat macam2 gelagat warga utm, ader yang berbasikal, berkereta, bermotosikal,berjoging, bermain bola sepak , bermain layang-layang. layang-layang??? menarik tu. ada harapan aku nak main jugak nanti, hehehe. fiza dah melecet kaki sebabnya pakai kasut kecik. adoiiii… masalah2, mencabar kesabaran sungguh. terpaksalah jalan-jalan macam itik pulang petang. zila pun dah letih jugak. memang letih sangat2 pun… diorang jalan kat belakang, ana ngan cik aya jalan sama-sama kat depan.. memang letih sangat, sampai rase nak tumpang orang jer tolong hantarkan sampai kolej. dahlah badan bas x nampak langsung, kurang asam punya bas, dah tau hari rabu budak2 koQ, mestilah kitorang balik lambat..ni x, bas berenti terus, sambung kol 7.30 malam pulak, huhuhu… haru sungguh hari tu…cik aya dah sejuk kedua belah tangan, bibir dah pucat, ana dah resah, takut dia pengsan, jantung dia x kuat maner… ana berulang kali cakap, sikit lagi nak sampai. fiza pulak betul2 x tahan, tapi digagahi jua berjalan, kuat semangat roomate ana ni=). pastu hati ini teringat, macamana la saudara2 kita kat palestin tu boleh hidup sampai sekarang, dahlah kekurangan makanan, tempat tinggal pun x der, zionos ader kt maner2, bila-bila maser jer diorang boleh terbunuh di senapang zionos laknatullah tu. ana kuatkan semangat, ana x nak putus harapan, sebab itulah, semak samun kitorang redah kat ktc, pastu ambil jln shortcut kat kaunseling. pastu lalu kat belakang k.perdana, hehehe trekking la plak. time tu, budak2 lelaki pun ader, tapi kitorang buat donno jer, ingat kitorang budak spi x leh lasak2 ker?? sorry, kitorang mmg tahan lasak.

sampai jer kat kolej terus menapak kat kafeteria k9. masa tu ramai sgt warga kolej turun kat kafeteria, dalam kol 7.20. budak2 ni x der kesedaran langsung ker?? pergilah masjid ker, surau ker, mengimarahkan masjid, lagi best kan??? ni x, maghrib2 menapak kat kafe ngan makwe, pakwe…mata yang menengok ni pun menyampah, ish3x…x pasal2 hati ni merungut, dapat dosa sekali. malam tu, fiza guna minyak panas urutkan kaki, baunya semerbak satu koridor sampai jiran sebelah, shalini (budak india) tanya kat budak bilik depan,”awak guna minyak ker?? bau kuat “. ana ngan fiza gelihati mendengarnya, kelakar, hehehe..

semalam, khamis, ader kelas english, sir buat malam. so, kitorang pun dengan semangatnya nak nek basikal, huhuhu senonotnyer…x sabar2 nak nek basikal, hehehe. selepas maghrib, bermulah perjalanan kami ke fakulti, jauh jugak ni. kenapa kitorang nek basikal?? sebabnya kalau kelas english, selalu habis awal dalam kol 9.30, pastu kitorang kene tunggu bas sapa kol 10.15, baru la ader bas nak ambik kitorang kat fakulti…. lambatnyer. so, kitorang pun sewa la basikal kolej.lagipun budak2 kolej ana semua nek kete, kitorang jer yang tgu bas… ana ngan fiza pakai jubah, cik aya baju kurung. excited sangat. tapi rupa-rupannya bermasalah jugak nek basikal ni, basikal cik aya x braper syok maner. berat katernyer. maser tu ana x tengok maner kat belakang, ana jalan depan, terus pecut wahhh… last2 sampai kat fke, baru perasan yang diorang x der kat belakang, barulah ana berenti tunggu diorang. kesian la pulak diorang ni, muka cik aya dah merah, mata dah bergenang cuma tunggu nak tumpah jer, muka fiza dah memancarkan kepenatan yang amat sangat, ana pulak dah panas sangat2. ye la, nek basikal pakai jubah, hehehe. masing2 mengomel2 ttg basikal, ana pun join samer, kelakar la pulak kalu diingatkan balik. pastu nak sampai kat fakulti pendidikan naik bukit, sekali lagi, kitorang terpaksa mengheret basikal, x larat nak tunggang dah, penat sangat…pastu cik aya ngan fiza pun bercerita, tau x, masa kita lalu depan ktc, group budak2 laki pakat sound, ish2 budak perempuan naik basikal, meh tengok. ana  maser tu memang xder, maser tu dah pecut kat depan. hehehe. kesian kat diorang ni. x perla, ini baru kenangan namanya.

nasib baik kelas kat tingkat 2 jer. masa tu mmg berpeluh yang amat sangat. kat dahi masing2 ader rintik air peluh. wahhh mandi peluh la pulak, terus gelakk ramai2, hahaha. seperti yang dijangka, kelas habis awal, dalam kol 9.30. sir tanya kitorang, balik ngan naper, ana terus jawab dengan lantangnya, dengan basikal sir. si fiza ngan cik aya terus gelak. ana buat muka seposen jer. nak balik, ana tukar basikal ngan cik.aya, kesian kat dier. tapi basikal ana tunggang tayar pancit sikit, hehehe….turun dr fakulti ok jer, pastu kat fke stat sorong basikal dah sebabnyer, naik bukit, huhuhu. dahla lalu kat simpang 4 dua kali, asyik berenti jer. hehehe, semua kereta yang berenti mesti tengok gelagat kitorang,hehehe kelakor pun ader. ader tu siap budak lelaki sound, eh, budak perempuan naik basikal la, kebetulan maser tu kitorang lalu bawah lampu nampak la terang benderang, pastu lampu tu pun padam. pastu diorang pun mengeluh, alaaaa x nampak maner la. kitorang gelihati… sampai kat ktc, kitorang mmg dah pecut basikal sebabnya kalu lalu kat blok siswa mesti kene sound lagi ni, pastu kene naik bukit lagi kat simpang 3 perdana, ana sorang jer yang tolak basikal, dah x larat dah, pastu hampir-hampir nak kene langgaar ngan kereta yang budak luar bawak. geram jugak maser tu. cam nak sepak2 jer kereta dorang. akhirnya, kitorang sampai kat kolej ngan selamat dalam kol 9.50. alhamdulillah. cik aya dah pesan awal-awal dah x nak tunggang basikal lagi, penat…… pastu ana ngan cik aya menapak kat minimart, cari aiskrim, beli yang 40 sen. pastu gula2 ngan coklat, sedapnya. malam tu, kitorang pakat pakai minnyak panas fiza lagi. malam tu memang bau satu koridor lagi la jawabnyer…

kesimpulannya, pengalaman itu pengajaran, masalah itu hikmah, pembelajaran itu manfaat, kenangan itu indah. sakit itu sementara

||+bila kau memandang+||

bila kau memandang segalanya dari ALLAH yang menciptakan segalanya,

yang menimpakan ujian,

yang menjadikan sakit hati hatimu,

yang membuat kehendakmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,

pasti akan damailah hatimu,

kerana ALLAH takkan mentakdirkan untuk sesuatu yang sia-sia,

bukan ALLAH tak tahu derita hidupmu,

tapi mungkin itulah yang DIA mahukan,

kerana tahu hati inilah yang mudah akrab denganNYA…